Rumah kos rendah yang dibeli 4 tahun lepas tapi masih tidak siap? Bagaimanakah kesudahannya? Pada hari Isnin lepas saya ada menghubungi pemaju, dan seperti biasa mereka mengatakan projek ini akan siap pada tahun hadapan. Tetapi setiap kali saya datang ke tapak projek, tiada pekerja dan tiada aktiviti pembinaan berlaku hinggakan perancah telah diseliputi tumbuhan menyalar sehingga ke tingkat empat.